Protection of Personal Data (BM)

Complying with PDPA: Protection of Personal Data (Bahasa Malaysia)
Ahli-ahli kelab yang dihormati,

Terima kasih atas sokongan anda kepada The Sarawak Club. Kami gembira dapat memberi anda maklumat terkini berkenaan kelab, berita semasa, aktiviti-aktiviti terkini, promosi-promosi terbaru, hak istimewa dan pelbagai lagi insiatif untuk meningkatkan lagi manfaat dan keseronokan anda sebagai ahli kelab. Kami berharap untuk sentiasa memberi anda perkhidmatan yang terbaik.

Pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) bertujuan untuk melindungi Maklumat Peribadi (akan dihuraikan selanjutnya dibawah) anda yang diberikan kepada kami. Dengan ini, anda juga berhak untuk mengetahui sebab-sebab pengumpulan dan kegunaan Maklumat Peribadi yang anda berikan; serta bagaimana kami akan menggunakan Maklumat Peribadi anda dan pihak-pihak yang mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi tersebut.

Mengikut Akta PDPA ini, Maklumat Peribadi anda yang terkandung di dalam pangkalan data kami adalah terlindung dan tidak akan disebarkan tanpa pengetahuan anda.

Kami akan terus menghantar maklumat relevan, tawaran dan promosi terkini kepada anda. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak berminat untuk menerima maklumat ini, anda boleh membatalkan langganan anda dengan menelefon kami di 082-242299 atau emel kami di membership@thesarawakclub.com atau pr@thesarawakclub.com .

Kami sentiasa mengutamakan kepentingan anda dan kami akan sentiasa berusaha untuk memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Terima kasih.

Pihak Pengurusan.