1. Privasi Maklumat Peribadi
Kami menghormati privasi data peribadi (“Maklumat Peribadi”) setiap ahli kelab dan akan
melindungi data ini sebaik mungkin. Kami akan berusaha untuk memberi khidmat pengguna yang
selamat dan terjamin. Polisi ini dirumuskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
(“Akta”), yang menyatakan bagaimana Maklumat Peribadi anda dikumpul dan diguna serta pilihan-
pilihan yang anda punyai berkenaan Maklumat Peribadi anda. Berikut adalah cara-cara
pengumpulan dan penyebaran yang digunakan.
a. Tujuan pengumpulan Maklumat Peribadi
Maklumat Peribadi yang anda sediakan secara sukarela akan di proses untuk tujuan-tujuan
berikut (“Tujuan-tujuan”):
Untuk melengkapkan transaksi, mengurus dan mengesahkan keahlian anda
Untuk tujuan pemasaran secara langsung kepada anda
Untuk memahami dan menganalisis keperluan dan kemahuan anda
Untuk membangunkan, meningkatkan, memasarkan dan menyediakan produk dan
servis untuk memenuhi keperluan anda
Untuk menyebarkan berita mengenai aktiviti-aktiviti terkini, promosi, hak-hak istimewa
dan pelbagai inisiatif kelab ini
Untuk membolehkan anda menyertai promosi dan aktiviti-aktiviti terkini
Untuk memperbaiki taraf perkhidmatan kami
Untuk memberi respons kepada segala permintaan dan aduan
Walaupun butir-butir perincian dalam Maklumat Peribadi akan berbeza-beza mengikut tujuan
tertentu sama ada melalui internet atau tidak, kami kebiasaannya akan mengumpul Maklumat
Peribadi berikut daripada atau berhubung dengan anda:
Nama
Nombor kad pengenalan
Tarikh lahir
Jantina
Bangsa
Kewarganegaraan
Alamat kediaman
Pekerjaan
Alamat tempat kerja
Emel
Nombor telefon
Pendidikan yang tertinggi
Nama pasangan
Nama anak-anak
b. Penyimpanan dan pengekalan data peribadi
Maklumat Peribadi anda akan disimpan dalam bentuk salinan di dalam pejabat kami atau
disimpan di dalam server-server komputer yang terletak di Malaysia dan akan dioperasikan
oleh kami atau pembekal perkhidmatan kami. Mana-mana Maklumat Peribadi yang diberikan
oleh anda akan ditahan oleh pihak kelab selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi
Tujuan-tujuan yang dinyatakan di (1a) di atas atau sebagaimana yang dikehendaki untuk
memenuhi undang-undang kawal selia, keperluan perakaunan dan untuk melindungi
kepentingan kami.
c. Perubahan dalam Polisi Peribadi
Kami berhak untuk mengubah Polisi Peribadi ini dari masa ke semasa tanpa pengumuman
terlebih dahulu. Kami menasihati anda agar kerap memeriksa Polisi Peribadi ini.
2. Kebenaran
Kelab ini akan menggunakan Maklumat Peribadi anda hanya untuk tujuan-tujuan yang penting
dan hanya dengan kebenaran anda.
Untuk ahli-ahli, ia adalah berkenaan dengan penerimaan pengumpulan dan pungutan,
penggunaan dan/atau pendedahan semua Maklumat Peribadi oleh kami dengan tujuan anda
melanggan dan menjadi ahli kelab ini.
Untuk individu-individu/tetamu lain, kami akan mengumpul maklumat anda semasa
pendaftaran dan aktiviti-aktiviti di kelab. Maklumat anda hanya akan digunakan untuk tujuan-
tujuan yang sah.
Kami hanya menyimpan Maklumat Peribadi selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi
tujuan-tujuan tertentu. Kami menyimpan Maklumat Peribadi anda mengikut garisan panduan
kelab, prosedur-prosedur dan prinsip-prinsip yang selaras dengan undang-undang yang
dipergunakan.
Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda jikalau terpaksa mengikut undang-
undang atau pihak berkuasa yang berwibawa.
Selain yang tertera di atas, dari semasa ke semasa kami mungkin akan mengusahakan inisiatif-
inisiatif tertentu dengan syarikat-syarikat/organisasi yang terpilih (diluar kelab ini) untuk
berkongsi peluang dengan anda. Sekiranya terdapat peluang, kami akan memberitahu anda
semasa inisiatif ini bahawa jikalau anda memilih untuk mengemukakan Maklumat Peribadi
anda, ianya hanya akan dikongsikan dengan syarikat atau organisasi terpilih setelah mendapat
persetujuan anda terdahulu.
Seperti yang dinyatakan di atas, syarikat/organisasi akan dikemukakan kepada anda untuk
pemilihan yang bernas sebelum maklumat anda dikongsikan kepada mereka. Jika anda
bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan syarikat/organisasi lain, cara mereka
menggunakan atau memproses Maklumat Peribadi anda adalah diluar kawalan kami. Kami
menggalakkan anda supaya memeriksa laman web dan polisi peribadi serta terma dan syarat-
syarat mereka sebelum anda memberi sebarang Maklumat Peribadi.
Melanggan: Kami di Sarawak Club tidak akan menggunakan Maklumat Peribadi untuk tujuan
yang tidak dinyatakan terlebih dahulu, melainkan kami sudah mendapat kebenaran anda atau
maklumat tersebut dikehendaki disisi undang-undang.
Persetujuan untuk memberi Maklumat Peribadi anda bukanlah untuk kami menjual apa-apa
servis kepada anda, tetapi untuk tujuan yang sah dan benar sahaja.
Berhenti Melanggan: Pada bila-bila masa sahaja, anda berhak menarik balik persetujuan anda
dengan kami untuk pengumpulan, penggunaan dan penyebaran (pemprosesan umum)
Maklumat Peribadi anda. Ini boleh dibuat dengan menelefon atau emel pejabat pentadbiran
kami seperti yang tertera di seksyen 4 dokumen ini.
3. Kesahihan Maklumat
Anda bertanggungjawab memberitahu kami jikalau terdapat perubahan terhadap Maklumat
Peribadi anda. Ini adalah untuk memastikan maklumat anda adalah terkini dan tepat.
Sebagai ahli, anda juga berhak untuk mengambil kembali data atau Maklumat Peribadi anda
yang ada di dalam simpanan kami.
4. Pejabat Pentadbiran
Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.
Tel: 082-242299 Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.00 petang), Sabtu (8.30 pagi – 1.00 tengah
hari) tidak termasuk cuti-cuti umum
Emel: membership@thesarawakclub.com | pr@thesarawakclub.com
Perhatian. BAHAN MATERIAL YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN INI ADALAH DINYATAKAN
“SEADANYA” DAN TANPA SEBARANG WARANTI YANG DINYATAKAN ATAU TERSIRAT SETAKAT
MANA YANG DIBENARKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG. ANDA BERSETUJU UNTUK
MEMPERTAHANKAN, MENANGGUNG RUGI DAN MEMEGANG KELAB DAN MANA-MANA PIHAK
BERKAITAN SEBAGAI TIDAK BERSALAH DALAM APA JUA TUNTUTAN (TERMASUK, TETAPI TIDAK
TERHAD KEPADA, TUNTUTAN FITNAH, MEMPERKECILKAN PERNIAGAAN, PELANGGARAN HARTA
INTELEK DAN PERIBADI) DAN SEGALA KERUGIAN TERMASUK YURAN PEGUAM YANG BERPUNCA
DARIPADA PERMOHONAN ANDA ATAU AKAUN ANDA.